PENGENALAN SISTEM TEKNOLOGI FTTH
Sistem teknologi FTTH adalah penyambungan kabel menggunakan sistem gentian optik. Ia mampu membantu kabel tembaga sedia ada bagi memberikan prasarana yang lebih efektif terutama di Negara ini iaitu Malaysia. Gentian optik dibuat daripada benang kaca halus yang digunakan bagi menyalur cahaya digunakan dalam kebanyakan sistem komunikasi terutama di negara Asia maju seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Jepun memandangkan keupayaannya menyalurkan data lebih jitu berbanding kabel tembaga.
KEBAIKAN TEKNOLOGI FTTH
1. Cahaya dipancarkan melalui gentian yang disimpan didalamnya disebabkan pantulan penuh bahan terbabit menjadi ciri penting dalam menyingkirkan isyarat bersilang antara optik dalam kabel seterusnya membenarkan pemasangan kabel dengan kaedah pusingan.
2. Sistem optik bertindak sebagai pemandu gelombang ini memiliki dua mod pengaliran iaitu mod tunggal menghasilkan prestasi yang tinggi berbanding mod pelbagai membolehkan cahaya dipancarkan dalam mod berlainan tiba pada masa berbeza.
3. Kabel gentian optik mampu membawa sehingga seribu optik dalam satu kabel bagi menjana prestasi unggul yang mampu memenuhi permintaan untuk jalur lebar berdasarkan pada ke hujung-ke-hujung dengan mudah.
4. Memberikan kos yang baik terutama kepada syarikat telekomunikasi dalam menawarkan harga lebih baik kepada pengguna di samping memberikan perkhidmatan sempurna dalam laluan data.
5. Berkeupayaan menyediakan kelajuan sehingga 100 megabit sesaat kepada setiap pengguna dengan meminimumkan kos operasi dalam membantu memberikan kepantasan berkomunikasi pada masa hadapan.
TEKNOLOGI FTTH PENENTU MASA DEPAN KOMUNIKASI
Perbualan mengenai FTTH di peringkat antarabangsa semakin mendapat perhatian memandangkan ia berupaya menghantar jalur lebar lajur tinggi dengan jarak yang lebih jauh. FTTH juga mampu merapatkan jurang rangkaian untuk meningkatkan produktiviti, membentuk kehidupan keluarga yang baru dan selesa, penggunaan tenaga yang bijak dan memberi kemudahan komunikasi tanpa batas. Ia bukan sekadar berkaitan internet tapi keperluan lain seperti Televisyen Internet Protokol (IPTV) yang memungkinkan kandungan menjadi lebih meluas.
Terdapat fakta menyatakan gentian melalui FTTH adalah teknologi masa hadapan yang mempunyai jangka hayat sehingga 100 tahun selain kapasiti tanpa had. Landskap jalur lebar berubah pantas selari peningkatan aplikasi lebar jalur tinggi seperti rakaman video secara langsung, karaoke ‘online’, ‘webcast’, permainan online dan ‘podcast’. Permintaan seperti ini meningkatkan permintaan lebar jalur lebih tinggi kerana pengguna mahu fail multimedia dia lebih berkualiti dan muat turun pantas.
Kebanyakan pengguna mula mencari teknologi baru yang mampu menggantikan penggunaan tembaga sedia ada kerana ia mempunyai kapasiti terhad untuk membawa aplikasi lebar jalur tinggi. Teknologi gentian turut membolehkan penggunaan aplikasi perkhidmatan video kualiti tinggi seperti televisyen definisi tinggi dan telefoni video menjadi pantas. Ia juga membolehkan muat turun filem berkualiti tinggi dengan fail sebesar 30 gigabait mampu dilakukan dalam masa 40 minit berbanding 8 jam sebelum ini menggunakan teknologi diperbuat daripada tembaga.
CABARAN TEKNOLOGI FTTH
1. Memenuhi permintaan dan menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkualiti tinggi pada harga mampu milik.
2. Pertimbangan polisi setiap kerajaan di dunia sama ada mahukan FTTH dilaksanakan sebagai era baru dalam bidang komunikasi.
3. Pemasangan memerlukan ketelitian dan perhatian seperti keadaan geografi atau perancangan dalam sesuatu kawasan.
Tuesday, October 14, 2008
Posted by Wawasan System at 6:34 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment